Internet telah menjadi satu medium yang pantas berkembang. Melaluinya telah mengubah cara dan gaya hidup manusia diseluruh dunia. Dengan munculnya jaringan web dan email telah memudahkan manusia berhubung. Melaluinya internet juga, jarak yang jauh tidak mengekang manusia untuk berhubung kerana ianya hampir menyamai masa sebenar, walaupun jaraknya jauh beribu kilometer.


Tidak terkecuali didalam bidang pekerjaan. Hari ini, ramai dikalangan kita yang telah biasa menjana pendapatan online hanya dari rumah. Berada dihadapan komputer, bekerja menggunakan medium internet sebagai sumber dan cara bekerja.
 
Ramai yang tidak menyedari kelahiran jutawan diseluruh dunia dengan hanya bekerja secara online. Ia mungkin sesuatu yang baru bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan dunia internet.

0 comments

My Blog List